Wednesday, 15 January 2014

PROMOSI RUICAO AWAL TAHUN BARU 2014

 Assalamualaikum Semua Pelawat myruicao2u.blogspot.com

Ini BERITA GEMBIRA di Awal Tahun Baru 2014 :)

HARGA RUNTUH LUAR BIASA UNTUK PRODUK RUICAO GINKGO ROYAL DAN RUICAO GINSENG ROYAL !

PAKEJ (A) 3 KOTAK RUICAO + FREE 1 KOTAK RUICAO GINSENG ROYAL -->  HANYA RM500

PAKEJ (B) 1 KOTAK RUICAO  HANYA RM170  HARGA RUNTUH X HENGAT ! NORMAL PRICE RM200 , RETAIL PRICE RM230

PAKEJ (C) 2 KOTAK RUICAO DISKAUN LAGI!  HANYA RM300  . NORMAL PRICE RM350, RETAILPRICE RM460 .

SMS / WHATSAPPS  KE 0179213546  - Norhayati

                  ***KOS POS DITANGGUNG 100% ***

INI BERMAKNA ANDA HANYA MEMBAYAR UNTUK PRODUK IDAMAN ANDA SAHAJA  :)  :) :)  ~~~

                                 ***PROMOSI BERAKHIR 3 FEBRUARI 2014 ***

                           ***TILL STOCK LAST ****

SMS / WHATSAPPS KE 0179213546   

Norhayati ~~~

Thursday, 26 September 2013

RUICAO TIAN LI ROYAL TIADA DI DALAM PASARAN

Assalamualaikum,



Pemberitahuan Penting!

Buat masa sekarang sehingga tarikh yang akan diumumkan nanti Ruicao Tian Li Royal akan tiada di dalam  pasaran Malaysia kerana Syarikat Nanang International Sdn Bhd (Whole Distributor) tidak mengedarkan produk ini buat sementara waktu.


Walau bagaimanapun Ruicao Ginseng Royal dan Ruicao Ginkgo Royal boleh didapati seperti biasa melalui Harga Pakej atau Promosi.

Untuk maklumat Ruicao Ginseng Royal ---> sila klik sini dan Ruicao Ginkgo Royal --->  klik sini.
Juga C2 JOY ----> di sini.

Dapatkan Produk Ruicao anda untuk harga pakej atau harga promosi. ---> HARGA PRODUK
 

Jom 'RUICAO'ing .

Norhayati Ab Hamid

myruicao2u.blogspot.com
017-9213546

Wednesday, 18 September 2013

Ruicao Ginkgo Royal dan Kehamilan

Salam kepada semua

Saya teringat kenangan semasa mengandungkan anak yang ke 4,Hannah Insyirah yang lahir pada May 2011.
Di awal kehamilan tiada sebarang masalah.Situasinya sama seperti kehamilan saya yang lain.Masuk bulan ke 3 saya mengalami alahan yang agak teruk.Mungkin disebabkan faktor usia dan juga aktiviti sekarang yang lebih terbatas berbanding kehamilan yang sebelumnya.

Sebenarnya saya mula mengalami alahan semasa hamil bermula dari anak yang ke 3.Semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya langsung tidak mengalami sebarang alahan malah sangat sihat dan cergas.Semasa mengandungkan anak yang pertama saya masih final year di salah sebuah universiti di Jepun.Saya masih ingat lagi di awal kehamilan saya masih berbasikal ke universiti tanpa sedikitpun merasa risau berlaku gangguan kepada janin.Wanita hamil di Jepun kelihatan sangat sihat dan mereka dilayan seperti orang sihat(bukan seperti kita di Malaysia wanita mengandung kelihatan sangat lemah dan dilayan seperti orang sakit).Mungkin faktor persekitaran, pemakanan dan gaya hidup aktif yang mengundang kepada perbezaan situasi ini.
Ini sangat berbeza dengan pengalaman mengandungkan anak yang ke 3.Masa saya banyak dihabiskan di katil dari pagi sampai ke malam!Hanya roti dan biskut yang mampu sampai ke tekak saya.Sangat teruk saya rasakan ketika itu.Perasaan dan semangat hendak menguruskan anak anak dan rumahtangga sentiasa berkobar tetapi fizikal sangat lemah dengan emosi yang sering terganggu.Alahan saya semasa itu kepada bau susu soya!Ini memang satu perkara yang sangat mustahil untuk saya dan suami elakkan kerana semasa itu saya dan suami adalah peniaga susu soya dan taufufah :) Sangat lucu bila dikenang kembali tetapi itulah kenangan yang paling pahit pernah saya alami semasa  mengandung.


Berbalik kepada pengalaman mengandung anak yang ke 4,nikmat alahan tersebut saya alami sekejap sahaja.Masuk bulan ke 4 alahan beransur hilang.Sepanjang tempoh kehamilan saya meneruskan pengambilan Ruicao Ginkgo Royal,Produk Ruicao yang paling saya gemari.Saya harus akui yang saya lebih menggemari Ginkgo berbanding Ginseng dan Tian Li.Gemar bukan disebabkan rasa tetapi keserasian dan kesan Ruicao Ginkgo Royal kepada badan saya.Di awal pengambilan ruicao,saya memilih ginkgo kerana ianya sesuai untuk masalah gastrik yang saya hidapi.Ianya juga membantu menghilangkan keletihan dan stress dengan urusan rumahtangga dan anak anak.Ginkgo juga berupaya mengekalkan kecergasan dan 'mental alertness'.Terasa hidup lebih bersemangat selepas berjumpa dengan produk Ruicao!

Apa yang saya perasan semasa mengamalkan Ruicao Ginkgo royal di trimester pertama,morning sickness saya berjaya diatasi.Bila terasa mual dan seakan hendak muntah di waktu pagi,saya akan minum ginkgo royal dan rasa mual segera hilang dengan izin Allah.Memang sangat membantu saya di saat itu.Selera saya ketika itu masih tumpul dan hanya tertumpu kepada roti kacang sahaja tetapi Alhamdulillah tenaga saya tetap ada.Saya masih boleh menguruskan rumahtangga dan anak anak kecuali memasak.Tidak mampu saya berlama lama di dapur dengan segala bau rempah ratus dan bau masakan dari dapur jiran jiran :)
Satu perkara lagi yang saya perasan ialah bacaan Hb saya 11 dan ke atas.Pada mulanya saya ada juga mengambil set vitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital tetapi lama kelamaan saya mula culas dalam pengambilannya sehinggalah saya berhenti terus dan hanya bergantung kepada Ruicao Ginkgo Royal sahaja.Saya tetap yakin yang produk Ruicao bagus diamalkan walaupun oleh ibu mengandung kerana kandungannya adalah Royal Jelly,madu lebah asli,ginkgo dan ginseng.Hasilnya Hb saya tinggi dan tekanan darah saya juga normal(semasa kehamilan yang lepas tekanan darah saya agak rendah)

Sehinggalah ke trimester yang ke seterusnya saya teruskan pengambilan ruicao kerana yakin akan kesan positf ke atas saya dan kandungan.Setiap kali pemeriksaan kesihatan laporan yang positif saya terima dari para doktor dan nurse.Alhamdulillah di atas kurniaan kesihatan untuk  saya dan kandungan,

Begitulah ruicao cukup membantu sepanjang tempoh kehamilan.Badan yang yang sihat dan bertenaga meningkatkan produktiviti kerja,menambahkan hasil yang efektif dan merapatkan hubungan bersama yang tersayang.

Di entry yang lain akan saya kongsikan pula pengalaman semasa di hospital sejurus selepas sahaja proses melahirkan dan pengalaman saya berpantang bersama ruicao.

Untuk info produk sila klik sini .

Hingga jumpa lagi, assalamualaikum :)

Yati
myruicao2u@yahoo.com
017-9213546



Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan & Ruicao





Bila tengok tajuk post kali ni,ada rasa teruja :)

 Sebab apa ye???Kalau nak tau kita baca sampai hujung k >_*<

Produk Ruicao  memang sudah diketahui  sangat bagus untuk diamalkan sepanjang bulan Ramadhan bagi memberi tenaga,memulihkan kesihatan,detox yang berkesan dan pelbagai manfaat lain.

Sama seperti amalan di luar bulan puasa,saya sekeluarga teruskan penggunaan ruicao dalam diet harian kami.Semasa bersahur saya sediakan minuman campuran C2JOY sejuk bersama hirisan buah kurma yang disediakan malam sebelum dan disimpan di dalam peti ais.Ini menepati sunnah rasulullah saw.Memang menyegarkan dan cukup memberi selera~Anak- anak pun menyukainya apatah lagi jika ada campuran buahan kering lain dan kekacang.Untuk saya sendiri campuran tersebut ditambah dengan oat atau muesli sudah menepati sebagai hidangan sahur saya.Cepat dan berkhasiat!Yang penting menyelerakan.Malah boleh memberi tenaga berpanjangan sehinggalah waktu berbuka tiba,Alhamdulillah.

Kalau nak cerita cara saya menggunakan C2 Joy memanglah pelbagai.Ala-ala menggantikan susu @ santan.Biasa saya masukkan c2 joy dalam hidangan pasta 'cream sauce', puding,kek dan pelbagai masakan melayu.Komen dari suami dan anak2.Sedap,sila buat lagi!Hehehe.Yang pastinya memang boleh mengurangkan kadar kolesterol badan dan memberi kesihatan jangka panjang yang terbaik.

Bagi yang belum mengetahui apa itu Ruicao C2 Joy,ianya adalah susu kolostrum dari lembu New Zealand.Ianya rendah lemak dan berfungsi memelihara sistem badan jika diamalkan secara konsisten.Untuk keterangan lanjut boleh klik di sini ya.

Ok,cukup untuk update hari ini.Nantikan pelbagai cerita dan tips dalam entry yang lain,Insha Allah.

Tetapi sebelum terlupa,saya nak bagitau apa yang membuatkan saya agak teruja bila lihat tajuk entry kali ni :)

Ni haa,tajuk tu sendiri.Ramadhan & Ruicao -->R&R.

Teringat hentian Rehat & Rawat yang banyak didapati sepanjang jalan di semenanjung tetapi tidak ada di Sabah  dan Sarawak.Agak rindulah juga kenangan singgah di R&R setiap kali balik cuti raya ke kampung mertua di Johor.Rindu juga dengan kaum keluarga :( Tetapi banyak sangat hikmah tinggal di rantauan bagi mereka yang mempunyai pengalaman serupa.Ini memang sangat saya akui :)

Sehingga Jumpa Lagi,Assalamualaikum ~~~