SAYA DAN RUICAO

INI TESTIMONI SAYA DAN RUICAO.

Pengalaman bersama RUICAO sejak december 2009 sungguh mengujakan.Sangat banyak peristiwa  yang patut dikongsikan.Pernah juga saya membuat rekod penggunaan RUICAO ke atas anak-anak yang demam.Semoga segala kejadian yang berlaku dapat saya recall balik dan garapkan dengan baik di dalam belog ini,Insha Allah.

Sejak mula menggunakannya saya sudah dapat merasa kesannya.Saya dan suami mengambil RUICAO royal ginseng sebelum tidur malam.Pagi esoknya saya merasa lebih cergas daripada biasa.Perkara pertama yang dapat dirasakan ialah lebih mudah untuk bangun pagi.Jika kebiasaannya mata terasa berat tetapi kali ini celik je mata dah boleh buat kerja!Alhamdulillah.

Ketika itu saya baru habis menjadi tutor di UPM kampus Bintulu dan kembali sibuk meguruskan urusan rumah tangga.Dengan anak-anak yang tengah membesar menuntut kekuatan mental dan fizikal yang bukan sedikit.Ternyata RUICAO banyak membantu saya mengekalkan kecergasan sepanjang hari.Daya tumpuan dan mental alertness juga menjadi semakin baik.

Ketika ditanya pada suami,beliau turut mengalami keadaan yang sama seperti saya.Suami juga mengamalkan RUICAO sewaktu out station dan ternyata masih bertenaga sewaktu kembali ke rumah lewat malam.Satu perkara menarik telah berlaku ketika itu.Kaki suami saya telah terkehel di bahagian buku lali.Kejadian itu berlaku sebelum mengamalkan RUICAO.Baru 2 botol minum, kesan terkehel sudah hilang!Perasaan sangat bersyukur kerana kesan kesihatan diterima oleh badan secara menyeluruh bukan sahaja untuk penyakit- penyakit tertentu sahaja.Pada mulanya suami  mengamalkan RUICAO dalam usaha mengawal ashtma yang agak teruk dan saya juga bercadang untuk memulihkan gastric yang dialami sejak alam universiti.Ternyata RUICAO menjaga kesihatan kami secara menyeluruh dengan fungsi membersih,mempertingkat,membina dan memelihara.

Sejak itu kami konsisten mengamalkan RUICAO sehinggakan saya merasa RUICAO telah sebati dalam hidup saya.Tidak lengkap satu hari jika tidak minum RUICAO.Malah boleh saya katakan RUICAO akan kami bawa ke mana-mana baik semasa travel atau balik kampung.Perjalanan yang jauh sangat memerlukan kekuatan fizikal apatah lagi kerenah anak-anak sering membuatkan  kesabaran teruji.RUICAO bukan sahaja untuk kami malah untuk anak-anak yang tidak selesa dalam perjalanan.Kembung perut,muntah-muntah,demam adalah contoh kes yang kami selesaikan dengan minum RUICAO.Anak ke empat saya turut saya berikan RUICAO ketika kami bercuti di Miri.Ketika itu badannya agak panas dan dia hanya berumur 3 bulan.Kami beri menggunakan straw sebanyak 2,3 kali.Alhamdulillah dengan Kuasa Allah jua segala keyakinan bahawa RUICAO adalah suplimen terbaik membantu kami dalam banyak urusan seharian.

Anak ke empat saya menerima kesan langsung dari penggunaan RUICAO semenjak di dalam perut lagi.Saya teruskan penggunaan ruicao sepanjang tempoh kehamilan kerana percaya madu,royal jelly,ginseng,ginkgo dan herba lainnya tidak akan membahayakan janin malahan membantu memberi zat-zat tambahan penting kepada perkembangan janin tidak seperti  dadah dan bahan kimia berbahaya dalam kebanyakan ubat-ubatan.

RUICAO juga memberi tenaga kepada saya yang mengalami alahan pada trimester pertama.Dengan penggunaan RUICAO alahan yang saya alami singkat sahaja iaitu selama sebulan.Dengan selera makan yang terhad(roti kacang) dan hanya meminum RUICAO memberi saya tenaga untuk membuat kerja rumah walaupun alahan agak teruk.Morning sickness pula saya  hadapi dengan minum RUICAO.Setiap pagi ketika mengalami morning sickness saya akan terus minum ruicao dan hasilnya dengan izin Allah rasa loya dan mual terus hilang!

Banyak pengalaman saya bersama RUICAO baik secara individu mahupun oleh ahli keluarga saya. Pengalaman  di hospital semasa menunggu kelahiran,selepas kelahiran,semasa berpantang semuanya bersama RUICAO.Insha Allah akan saya kongsikan dalam entry yang lain.

Terima kasih kerana masih membaca sehingga ke baris ini.Jom 'RUICAO ing'.

Norhayati Ab Hamid
myruicao2u.blogspot.com

No comments:

Post a Comment