Salam kepada semua
Saya teringat kenangan semasa mengandungkan anak yang ke 4,Hannah Insyirah yang lahir pada May 2011.
Di awal kehamilan tiada sebarang masalah.Situasinya sama seperti kehamilan saya yang lain.Masuk bulan ke 3 saya mengalami
alahan yang agak teruk.Mungkin disebabkan faktor usia dan juga aktiviti sekarang yang lebih terbatas berbanding kehamilan yang sebelumnya.
Sebenarnya saya mula mengalami alahan semasa hamil bermula dari anak yang ke 3.Semasa mengandungkan anak pertama dan kedua saya langsung tidak mengalami sebarang alahan malah sangat sihat dan cergas.Semasa mengandungkan anak yang pertama saya masih final year di salah sebuah universiti di Jepun.Saya masih ingat lagi di awal kehamilan saya masih berbasikal ke universiti tanpa sedikitpun merasa risau berlaku gangguan kepada janin.Wanita hamil di Jepun kelihatan sangat sihat dan mereka dilayan seperti orang sihat(bukan seperti kita di Malaysia wanita mengandung kelihatan sangat lemah dan dilayan seperti orang sakit).Mungkin faktor persekitaran, pemakanan dan gaya hidup aktif yang mengundang kepada perbezaan situasi ini.

Ini sangat berbeza dengan pengalaman mengandungkan anak yang ke 3.Masa saya banyak dihabiskan di katil dari pagi sampai ke malam!Hanya roti dan biskut yang mampu sampai ke tekak saya.Sangat teruk saya rasakan ketika itu.Perasaan dan semangat hendak menguruskan anak anak dan rumahtangga sentiasa berkobar tetapi
fizikal sangat lemah dengan
emosi yang sering terganggu.Alahan saya semasa itu kepada bau susu soya!Ini memang satu perkara yang sangat mustahil untuk saya dan suami elakkan kerana semasa itu saya dan suami adalah peniaga susu soya dan taufufah :) Sangat lucu bila dikenang kembali tetapi itulah kenangan yang paling pahit pernah saya alami semasa mengandung.

Berbalik kepada pengalaman mengandung anak yang ke 4,nikmat alahan tersebut saya alami sekejap sahaja.Masuk bulan ke 4 alahan beransur hilang.Sepanjang tempoh kehamilan saya meneruskan pengambilan Ruicao Ginkgo Royal,Produk Ruicao yang paling saya gemari.Saya harus akui yang saya lebih menggemari Ginkgo berbanding Ginseng dan Tian Li.Gemar bukan disebabkan rasa tetapi keserasian dan kesan Ruicao Ginkgo Royal kepada badan saya.Di awal pengambilan ruicao,saya memilih ginkgo kerana ianya sesuai untuk masalah gastrik yang saya hidapi.Ianya juga membantu menghilangkan keletihan dan stress dengan urusan rumahtangga dan anak anak.Ginkgo juga berupaya mengekalkan kecergasan dan 'mental alertness'.Terasa hidup lebih bersemangat selepas berjumpa dengan produk Ruicao!
Apa yang saya perasan semasa mengamalkan Ruicao Ginkgo royal di trimester pertama,morning sickness saya berjaya diatasi.Bila terasa mual dan seakan hendak muntah di waktu pagi,saya akan minum ginkgo royal dan rasa mual segera hilang dengan izin Allah.Memang sangat membantu saya di saat itu.Selera saya ketika itu masih tumpul dan hanya tertumpu kepada roti kacang sahaja tetapi Alhamdulillah tenaga saya tetap ada.Saya masih boleh menguruskan rumahtangga dan anak anak kecuali memasak.Tidak mampu saya berlama lama di dapur dengan segala bau rempah ratus dan bau masakan dari dapur jiran jiran :)
Satu perkara lagi yang saya perasan ialah bacaan Hb saya 11 dan ke atas.Pada mulanya saya ada juga mengambil set vitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital tetapi lama kelamaan saya mula culas dalam pengambilannya sehinggalah saya berhenti terus dan hanya bergantung kepada Ruicao Ginkgo Royal sahaja.Saya tetap yakin yang produk Ruicao bagus diamalkan walaupun oleh ibu mengandung kerana kandungannya adalah Royal Jelly,madu lebah asli,ginkgo dan ginseng.
Hasilnya Hb saya tinggi dan tekanan darah saya juga normal(semasa kehamilan yang lepas tekanan darah saya agak rendah)
Sehinggalah ke trimester yang ke seterusnya saya teruskan pengambilan ruicao kerana yakin akan kesan positf ke atas saya dan kandungan.Setiap kali pemeriksaan kesihatan laporan yang positif saya terima dari para doktor dan nurse.Alhamdulillah di atas kurniaan kesihatan untuk saya dan kandungan,
Begitulah ruicao cukup membantu sepanjang tempoh kehamilan.Badan yang yang sihat dan bertenaga meningkatkan produktiviti kerja,menambahkan hasil yang efektif dan merapatkan hubungan bersama yang tersayang.
Di entry yang lain akan saya kongsikan pula pengalaman semasa di hospital sejurus selepas sahaja proses melahirkan dan pengalaman saya berpantang bersama ruicao.
Untuk info produk
sila klik sini .
Hingga jumpa lagi, assalamualaikum :)
Yati
myruicao2u@yahoo.com
017-9213546